thanx for viewing my belog..enjoy..!!!~

Our Love

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

booys tears.. :)

air mata seorang lelaki ..

andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita...

maka hilang lah sifat KEPIMPINANNYA...


air mata seorang lelaki...

andai mengalir kerana kecewa dengan dunia....

maka hilang lah sifat REDHANYA...


air mata seorang lelaki..

andai mengalir kerana tidak sangup melihat kesusahan orang tua nya...

maka terbitlah sifat belas EHSANNYA..


air mata seorang lelaki..

andai mengalir kerana terluka..

maka hilang lah sifat KEKUATANNYA...


air mata seorang lelaki

andai mengalirnya kerana takutkan ALLAH SWT..

maka bergembiralah...

kerana air mata yang sedikit itu mampu...

memadamkan api neraka kelak... :)





terima kasih kerana membaca.. :)


Syaitan ketawa apabila anda bercinta sebelum nikah..


tapi....



syaitan menangis apabila anda bercinta selepas

nikah... :)




terima kasih kerana membaca.. :)

no valentine for muslim..!! :)


katakan TIDAK pada hari valentine atau hari kekasih 14 febuari !!..ada 3 sebab kenapa kita jgn sambut hari valentine tu..mari baca fakta dibawa ni..

1. Jika anda sambutnya bermakna anda memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini telah memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara. Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan - banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari.

2. St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda - pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

3. Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

Tetapi masih ada org Islam kita yg berdegil dan sambut hari valentine ni.


terima kasih kerana membaca.. :)

for boys out there..girl language... :D

Fine

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
.

Lima minit

Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepakakan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
.

Takde apa-apa

Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘lima minit’ dan diakhiri dengan ‘fine’.
.

Pergilah! (dengan kening terangkat)

Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘takde apa-apa’ dan diakhiri dengan ‘fine’. Pergilah (dengan kening biasa) ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘takde apa-apa’, ‘fine’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘lima minit’ apabila dia dah sejuk.
.

Mengeluh yang kuat

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘mengeluh yang kuat’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘takde apa-apa’.
.

Mengeluh yang perlahan

Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘mengeluh yang perlahan’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.
.

Okay lah

Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. ‘okay lah’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘okay lah’ selalunya digunakan dengan ‘fine’ bersama ‘kening yang terangkat’.
.

Buat lah

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
.

Tolonglah

Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘okay lah’.
.

Terima kasih

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
.

Terima kasih banyak-banyak

Ini banyak berbeza dari ‘terima kasih’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘mengeluh yang kuat’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘mengeluh yang kuat’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘takde apa-apa’.


terima kasih kerana membaca.. :)

my dream man..!!~ :)


terima kasih kerana membaca.. :)