4 Cara Memujuk Lelaki : 
1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila 
seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk 
menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi 
membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku.
Apakah 
punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? 
Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? 
Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari 
jawapannya.
.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda 
sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang 
diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan 
tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan.
Ikutkan 
sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali 
mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari 
luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal 
fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si 
dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku,
 kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri 
anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya.
Ini 
kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk 
menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan 
semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah
 lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda 
memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk
 bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang 
ada untuk menghiburkan diri anda.





Bagi la duit, hadiah sama.. haha.. baru epy..
ReplyDeleteahahahah..hadiah mcm mna tue mr.doctor..??
ReplyDelete